Sep 5, 2025

Singapore, Temasek

 Salammmmmmm,

Merlion Park

Aku baru lepas cuti 5 hari so biasalah, nak start buat keje memang malas banyak. So aku opt lah tulis benda ni, in august. Publish kita tak sure bila, tapi hopefully before habis 2025 lah. Anyyywayyyyyyy.

Early this year, dak Seth dapat enroll sekolah awal setahun, like dia akan masuk darjah 1 masa umur dia 6 tahun instead of 7, so disebabkan tu, aku decide nak pegi 1 tempat lah before dia masuk sekolah. Sebelum aku terikat dengan jadual cuti sekolah dan bersesak-sesak like everybody. So aku decide, untuk pegi Singapore. Kenapa SG? sebab dia dekat and murah lah kan kalau nak dibanding aku ad hoc pegi  Jepun. Sebab kalau ikut gila aku, aku nak gi Jepun. Ni kali ketiga aku sampai SG, sebelum ni dengan parents aku and wolfpack,dengan wolfpack akurasa tahun 2014 x silap, kitorang pegi USS.

Singapore ni dikira Bandar paling mahal dalam dunia sama je macam Zurich, Zurich tu kita faham lah x5. Ni SG x3 je, tapi mahal weh. So trip kalini aku angkut 2 orang adik-adik ipar aku yang perempuan, sama macam last trip, ajak pegi trip, tapi bayar sendiri. Adik-adik ni sangat berguna ye sebab bila kau dah overstimulate dengan anak-anak kau, pass je dekat makcik2x diorang, so kita upah lah dengan makan.

Aku buat deal dengan adik ipar aku. Flight aku belanja sebab dapat murah je untuk 6 orang. Makan bawah RM200 diorang bayar, yang mana kena bayar atas RM200 kitorang cover. Untuk transport pon sama, bawah RM100, diorang cover, atas RM100 aku cover. Admission ticket mana-mana cover masing2x punya.

Singapore Zoo

So aku pergi 4hari 3 malam. Sempena birthday dak Seth sekali alang-alang. Untuk pegi tempat-tempat yang mahal ni dari dulu aku mengamalkan konsep jangan convert, tapi kau kena pandai lah berbelanja. 3 malam, memang aku terus target duduk area Bugis, senang, tourist attraction memang area situ, so aku jimat masa banyak. Train station yang terdekat pon just jalan dalam 5 minit je. So a win lah bagi aku. 

Untuk restaurant, aku try banyak lah sebab aku x bawak RTE kan,

  • Kucina, italian dining, chef dia famous kat tiktok, pada aku okay lah. 
  • Wingstop sebab kat malaysia xde, 
  • Capadocia sebab dak seth nak makan kunafa and syafiq janji nak beli kat SG, part carik pasal memang kau bagi je dak syafiq, dia hero.
  • Kg Glam Cafe - considered murah, macam standard harga malaysia kalau makan dalam mall. 
  • The Malayan Council- Wehhhh niii portion dia besauu wehhhhh. Kek durian dia sedapppp, aku sampai sekarang dok teringat.
  • Hjh Maimunah - Yang ni aku rasa nak hadiahkan dia garam. price wise okay lah.
  • The French American Bakery - Ni hot Choc dia sedap tapi manehhhhh leting lah.
Haji Lane

Untuk places to go pulak, aku limit 1 hari berapa tempat je pegi sebab ada budak kecik ni dia kalau 
cranky, kau yang stress
  • Singapore Zoo
  • Pusat Sains Negara + Laser
  • Merlion + Marina Bay Sands
  • Garden by the bay
  • Jewel Changi
  • Masjid Sultan
  • Haji Lane
  • Kg Gelam
Pusat Sains

Aku memang sengaja opt out USS sebab anak aku kecik, so buat rugi je bawak theme park, bukan dia 
boleh naik pon rides tu, tunggu dak Seth dah besar sikit, baru sedap bawak.

Most of the time kat sana aku naik train and grab je. Oh ye, dekat SG kalau kau ade budak kecik like 
baby macam tu, kau kena amik Grab yang family, bukan yang biasa, ada chances Grab kau kena reject 
kalau ambik yang biasa, 2 orang Grab Driver aku pesan camtu. Yang train pon, aku x beli kad dia, aku tap 
CC je. Sistem train dia pon dikira mantap jugak lah, kalau kau malas baca map train route dia, kau google 
je mana kau nak pegi, nnti google bagilah tau kau. 

Garden By the Bay. First time here.

Last time aku datang SG, aku beli EZlink card dia, so 1 thing yang aku memang ingat is, before balik
Malaysia, aku pi tebus whatever amount yang ada dalam kad dia, and after tebus tu, kad tu dah tak boleh guna lagi tau
aku tau ni, sebab dulu kengkawan aku kena. 


PS: Beza ye cara aku pandang vacation sekarang dengan 10 tahun lepas. People change babe.

Aug 25, 2025

Switzerland

 Assalamualaikum

Bern Old City

Tak pernah sangka yang akan direzekikan pegi Swiss tapi Alhamdulillah. By the time aku tulis ni, ketahuilah, hati aku membuak2x nak datang lagi. Kalau bagi aku pilihan sekarang, aku lagi nak datang Swiss dari London.

Plan asal aku, nak pegi Paris atau Amsterdam sebab boleh naik train dari London. Lepastu syafiq kata nak pegi Edinburgh, lepastu aku tengok tiket train pulak harga dia berubah2x tapi masa tu aku tak decide lagi, tapi harga train makin naik so aku ditch the plan. Tapi aku tak nak settle, tetap cari 3rd country, lepastu terlintas Swiss.

Bern
So aku start plan route. From there baru tau wujudnya Low Cost Airline, tapi masalahnya, dari Edinburgh Easyjet turun Geneva, bukan Zurich. Tapi sebab kita nak jimat, kita  hadap je. Aku cakap dengan Syafiq, kita pegi Swiss kalini tak payah pegi salji salji, so dia ok je.

Lepastu aku cari kereta sewa, aku nak ambik dekat Geneva Airport, pulang dekat Zurich Airport. Sebab aku akan flyback to London dari Zurich. So sebabkan 1 way akan ada tambahan fee. Kereta sewa aku guna Sixt. 4 hari 3 malam dekat Swiss. Ni final route aku, 

Geneva- Bern (1 malam)

Bern - Grindelwald-Interlaken - Brienz (1 malam)

Bienz - Zurich (1 malam)

Zurich - London

Bern ni ibu negara Swiss. Bern ni cantik weh, walaupun dia city tapi dia cantik wehhh. Masalah dekat Swiss ni bahasa n makanan halal. Masa dekat Bern aku stay hotel ada dapur. Ni tempat aku stay dekat Swiss https://loslorentes.com/bern/ . Hotel ni ada dapur siap peralatan periuk semua, so malam tu aku pegi Migros beli pasta nak dinner. Air dekat swiss ni kau boleh minum direct from the tap. Dekat swiss ni aku tak memasak, so mmg aku prepare bawak RTE sesiap.


Dari Bern, aku gerak pi Interlaken n Grindelwald, ni kira kawasan kaki gunung. LAWAA NAMATEYYYYYYY, dekat Interlaken ni famous dengan orang main paragliding ke ap ntah, so dekat town tu kalau tengok langit banyak lah parachute tengah turun. Dekat Grindelwald tu, aku target nak main toboggan dia, tapi sayang, masa aku pergi tu kabus tebal so diorang tutup. Maknanya apa gais, maknanya kena datang baliklah next time. 

Aku stay dekat area Brienz, perkampungan kaki gunung. https://alpenrose-ballenberg.ch/en/ Masa nak check in tu, dah petang, kau bayangkan receptionist dia guna jurus kejujuran yang paling utama. Dia letak list nama atas meja n kunci. Ambiklah kunci yang dia tinggalkan tu masuk bilik. Hotel ni view dia gunung-gunung. Adalah nampak dari jauh a few waterfall and top of the gunung tu nampaklah salji-salji gitcheww.

The next day, aku singgah dekat Brienz Lake. Kiranya ni tempat famous CLOY scene piano dekat tasik, tapi aku tak pegi the exact tempat lah, kalau nak pegi situ kena bayar. Tasik tu besar and banyak je lagi spot yang cantik. Then aku singgah Giessbach Waterfalls, lebih kurang 15min walk nak sampai. Swiss punya view memang A++. Lepas settle tu semua, kitorang gerak Zurich tapi sempat singgah Lucerne kejap nak beli kudap-kudap.

Lake Brienz

Giessbach Waterfalls

Dekat Lucerne & Zurich its just typical city. sungai pon tak lawa. Aku stay dekat hotel tengah city dia. Biasa je. tapi dia ada kilang coklat, and beberapa spot lagi lah. Dekat swiss ni famous coklat, so aku beli lah a few coklat bawak balik malaysia. Dekat Zurich aku singgah the most powerful waterfall in Europe, Rhine Fall. Tengok tengok sikit ambik gambar, then gerak terus pi Airport. Before checkout hotel, aku dah masak nasi sesiap buat bekal sebab confirm lapar. 

Dak mas pesan kat aku, bawak periuk nasi yang kalau kau terpaksa tinggalkan kat sana pon kau x ralat. Aku nak try cheese fondue tapi based on pembacaan aku, agak susah nak dapat yang Halal kat sana. Bukan sebab alcohol, tapi dari segi pembuataan cheese tu sendiri. Nak buat Cheese ni kena pakai Rennet dan biasanya rennet ni dapat dari haiwan. Ada je cheese yang dari rennet tumbuhan, tapi jarang lah jumpa. SO disebabkan tu, aku decide, aku skip makan senang.

A piece of advice aku. Europe trip ni pada aku better kau pegi sendiri dari kau pegi under agensi, betul agensi settle semua tapi pegi sendiri lebih flexible. Aku habis kiranya 8k/per person dewasa and pada aku boleh kurang lagi sebab aku bawak budak kecik and adik ipar aku sorang, so macam tempat tinggal, aku kena cari yang ada 2 bilik. Lepastu korang tak payah beriya lah beli baju apa semua dari sini, kau sampai sana masuk Primark tu, melambak baju. Harga lebih kurang sini je. baik beli sana je terus. Beg pon x berat. Untuk Swiss, bawak RTE sebab susah jumpa restoren halal. Seminggu kau kena makan kebab je, mau mereng kepala. London ok lagi, jumpa jugaklah nasik.

Swiss lebih mahal dari London. Ok macam ni. Dekat swiss kau kena darab 5 dengan kita while London kau kena darab 6. Nak senang nampak, anak-anak aku memang kaki Blueberry so aku memang beli benda ni banyak; dekat UK, 1 box blueberry = 2 pound = RM12 . Masa aku dekat Swiss 1 box 5 franc = RM25. Memang sekali dua je lah aku beli.

Rhine Falls

Swiss punya public transport dia mantap, tapi sebab aku ada bawak budak, aku tak rasa convinience untuk aku berangkut berusung dengan barang n budak kejar train. So kitorang memang opt to sewa keta. Untuk sewa kereta, 4 hari 3 malam+ baby car seat  + one way charge sebab ambik and pulang dekat tempat lain, lepas convert aku bayar dalam 1.5k-2k tak ingat. Drive dekat Swiss ni Left side and kena betul2x ikut speed limit, like dalam waze dia akan warning, and dekat kereta tu sendiri pon dia warning kalau kau exceed speed. Minyak kat sini harga macam isi Vellfire padahal ambik Honda Z-RV je.

Khalas.


Interlaken



Edinburgh, Scotland


 Assalamualaikum

Pembuka kata, hehehhehehhee aku ingat takde hutang entry, ada rupanya.Pfft

So, Edinburgh. Dari London ke Ediburgh, aku naik EasyJet. Low cost Airline. 1 kepala aku bayar dalam RM100++ je tiket dia. 100 malaysia tauuuuu. Since Easyjet ni low cost, so airport dia bukan lah dekat Heathrow, aku kena pegi ke Luton Airport, so dari London aku naik EMR located dekat King Cross Station ke apa ntah area situ lah. Tiket EMR ni berubah2x and ade timing, aku dah beli sesiap dari Malaysia. Senang nnti takpayah tercari-cari. 

Perjalanan dari Airport to city sangatlah mudah. Keluar airport,ada tram, bus yg ada lane sendiri,kejap je sampai dah city centre. Easy mudoh. Ada bas yang offer tiket pegi balik untuk ke city. Most of the time aku kat UK, just tap credit card / wise card je. Takde nya lah aku beli Oyster card ke apa.

Edinburgh ni tersangat lahhh Harry Potter punya cityyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. Lepastu dia berbukit rasa menyesal bila kau panjat tapi kau dah spent shitzzz untuk sampai situ, so terpaksa lah kau tolak stroller panjat bukit bukau tu. Jalan dia x rata, bukan macam jalan tar kita, so bila tolak stroller tu, ada part ok, ada part kena effort but most of the time kena angkat sebab kena naik turun tangga.

Negara dia ni gloomy sebab mendung nak hujan tapi hujan tak turun2x. Aku siap readykan parka untuk anak-anak aku just in case. Petang-petang tu hujan lah renyai. Pastu kalau ikut tiktok ada satu tempat ni nama dia Dean Village ke ape ntah, dah kau tak payah pegi. Nothing to see pon, dah lah nak nyampaikan ke sana tu menapak punya jauh, bukit dia curam gila, jalan x smooth. Kitorang hampir give up. Tapi sebab alang-alang dah sampai kan, nak buat cemana. 

Edinburgh Old Town

Dekat Old Town ni banyak je kedai-kedai viral kau boleh pegi, tapi kitorang masuk mana sempat je, aku banyak habis masa dalam museum dia, sebab anak aku terlalu into nau dengan apa yang ada.

Satu benda yang aku ralat is, x duduk extra 1 hari lagi. Not many things to do lah untuk aku kalau aku pegi just Adults dekat city dia tu, tapi since aku bawak budak kecik, aku masuklah dia punya National Museum dia, nak bagi budak2x penat and seronok. Besar weh dia punya museum, aku rasa nak tido dalam tu dia punya penat. Dak iris memang most of the time tido, dak Seth je lah macam banyak energy. Ada zoo jugak, kalau ikut review katanya best, tapi ape je beza antara zoo dia dengan zoo negara kan. So xpelah, kita skip.

National Museum

Dekat sana aku cari Apartment 2 rooms, ada dapur. Bila berjalan dengan budak kecik ni aku realise kau tak boleh fikir perut kau, kena fikir perut anak2x dulu. Bila rumah ada dapur ni senang, kau pi Tesco, balik rumah, masak sup sap settle. Ni apartment aku stay kat sana https://www.thespires.co.uk/ . Location wise pada aku ok lah. Like macam dia dekat dengan main road cuma 2-3 lorong belakang je. So walkable je. tapi kena ingat, Edinburgh ni berbukit, so jangan bawak barang banyak-banyak. Leuls.

Aku try lah English Breakfast diorang, well basically the same lah macam kau boleh dapat kat Malaysia. Hot Chocolate dia onzzz minum dengan cuaca diorang. A few times gak aku repeat. Later that night, tetaplah carik meggi weh. Cemana ntah orang tekak asian nak hidup negara takde spices ni. Cili padi susah ok nak jumpa.

Edinburgh's Castle

2 malam pada aku memang tak cukup, sebab kau kena squeeze in betul2x masa kau. Aku punya aktiviti habis by before maghrib, masa aku datang ni, Maghrib pukul 7pm macam tu, so xde lah rugi. Ala2x waktu kat Malaysia je siang-malam dia. 

Kalau ikut hati, aku nak datang lagi, mungkin tambah other places lagi. Doa lah mana tau boleh settle down sini ke, ehhhh. HAHHAHHAHAHA k bai. Dari Edinburgh, aku gerak pi Swiss. Kalau ikut akal, tak pernah sangka di rezekikan akan sampai tapi Alhamdulillah. Cuba check kot-kot aku dah up Entry Swiss ke kan. Hehhehehee K bai, for real.









Mar 14, 2025

London, England


 Haluuuu


Nak bagi back story, somewhere masa April 2024, aku borak dengan SB, nak pegi somewhere this year sebab takut Seth dapat masuk Darjah 1 awal, ni jelah masa yang tinggal. Bincang punya bincang, we decided to go to London,tapi ada syarat. Kalau pi London, SB nak pi Emirates tengok bola. So tiket flight hanya boleh beli masa fixture season 24/25 Arsenal keluar in June.

So June, jadual game keluar, so kitorang decide nak pegi on late September-Early October. tiket flight aku beli somewhere in July, jangan ikut aku, rabak nanti. Dah settle beli tiket flight, barulah real deal. So 3 minggu aku prepare route sepanjang kat sana. Dah beli tiket untuk 2 weeks, takkan nak melangak kat London je, kena lah pi tempat lain kan. 

Macam mana aku plan? 

1. Decide, mana kau nak pegi.

View masa landing LHR

Macam aku, ada few negara lah, nak pi Paris, Brussels,Amsterdam,Swiss. Tapi mana sempat nak pegi semua,angkut anak kecik, so perjalanan tak boleh rush. Then after few discussion, aku settle dengan London-Edinburgh-Swiss-London

Aku ni dah beli tiket return KL-London so tu pasal kene patah balik London. Aku naik Emirates so kena transit Dubai dulu, layover 11 jam, so aku ambik hotel tido 1 malam sebab aku dalam flight pangku Iris 7 jam beb. Hotel kat Dubai for me takde lah mahal sangat after convert, lebih kurang harga Malaysia, dalam 100 lebih dah dapat. 

 2. Transportation 


From satu negara to another, kena decide kau nak naik apa. So aku decide untuk cepat sampai jadinya aku pilih Flight. At first aku x aware pasal low cost airline kat Europe, so tengok harga tiket main airline memang kecur lah air lioq.

Then aku discover Easyjet. Macam kat sini lah, airport main airline dengan low cost airline ni lelain, so kena aware lebih. London je aku tau ada 4 airport, yang femes Heathrow,biasanya kapal terbang besar2x or utama yang turun. Then ade London City Airport, Gatwick Airport,Luton Airport.

Masa tengok harga, tiket pi Edinburgh, dari Luton murah, so aku beli tiket LTN-EDI. Harga 1 kepala dalam lebih kurang RM100 lebih je. 

Kalau pi Swiss dari Edinburgh, easyjet tak turun kat Zurich tapi kena pi Geneva. So aku beli EDI-GVA. Harga dalam RM180++ camtu

  • Pergerakan London
Dari Airport,untuk jimat naik je tube dia, leih kurang 20min dah sampai city. Sepanjang di London aku memang akan pakai tube/underground 100% sebab senang sangat.
  • Pergerakan Edinburgh
Untuk ke EDI, dari London kena pi Luton Airport, located dekat utara London lebih kurang 40 min dari city, so aku dah beli sesiap tiket EMR dari Malaysia. EMR ni macam ERL KLIA transit tu. Sampai Edinburgh Airport dia ada bus running 24h untuk bawak ke city, 20min je dalam bas, tak terasa sangat pon. Sepanjang kat Edi, aku jalan kaki je berpandukan google maps
  • Pergerakan Swiss
Kat Swiss aku dah target nak drive taknak amik STP tu, leceh bawak lugguage and budak kecik.So aku dah sewa sesiap kereta dari Malaysia, ambik dekat Geneva Airport, pulang dekat Zurich Airport. Geneva ni belah selatan, Zurich belah utara. Kenapa aku x balik ikut Geneva? sebab, aku nak masa balik dari swiss tu turun Heathrow, transport utk ke London lagi mudah.

Route Swiss aku : Geneva-Bern-Grindelwald-Interlaken-Brienz-Zurich

3. Place to stay
Home for 4 days. 2 bedroom apartment

Since Aku dah dapat bayangan roughly aku punya trip ni macam mana and berapa hari ape semua, baru aku cari tempat untuk stay. Style aku, first time pegi mana-mana tempat, aku memang target duduk town. Pada aku lagi mudah untuk semua benda.

Dekat London 1st leg, aku duduk area Kensington. Not typical Malaysian punya spot tapi aku saaaaangatttt puas hati. Kenapa Kensington? Masa search awal2x, aku target area airbnb yang tube Piccadilly/Purple line tu lalu so mudah untuk kitorang yang baru sampai ni tak terkejar2x and tercari-cari. So untuk rumah yang aku pilih ni, station terdekat dia is Baron’s Court. 

Bila sampai rumah, sangat puas hati, cuma nya dia tingkat 2, xde lif, so kene angkut sikit barang. Then keluar jalan-jalan area situ, baru perasan ada tesco express and paling jackpot bila ada kedai runcit arab jual asian punya barang and ayam apa semua lebih kurang 5min je jalan kaki. Since aku bawak budak, so aku memang purposely cari rumah yang ada dapur so senang nak masak. Aku dah sesiap bawak sabun taharah, so senang aku bilas sekali lah periuk situ.


4. Plan your activities

4 hari aku stay London, on the 2nd day onwards, kitorang pegi lah jalan2x semua tempat tourist spot, basic london thing lah, syafiq pi tengok Arsenal punya game, pegi tengok stadium, makan-makan yada-yada lah and apa semua lah. Kitorang keluar dalam pkl 9pagi, by pkl 7malam macam tu dah balik lah semula. Malam memang tido awal lah sebab jet lag tak habis lagi.

Malam last before aku gerak Edinburgh, aku sorting baju mana yang taknak bawak pi Scotland n Swiss, nak tinggalkan kat tempat bag, aku guna Nanny bag punya servis, cari mana-mana tempat yg berdekatan dengan hotel aku bila aku balik london semula next week nya tu. Tempat drop bag aku tu kebetulan sebelah je hotel aku untuk 2nd leg nanti.

Then the last day masa 1st leg tu before gerak Edinburgh, kitorang gerak ke Luton dari St Pancreas, aku dah survey a day before dah tempat mana nak tuju sambil alang2x cuci mata kat kedai Harry Potter. London untuk 1st leg terasa terus macam nak migrate, rasa macam duduk KL tapi versi sejuk. Luls.

Bye for now, will definitely comeback again. InsyaAllah

2nd leg London, touchdown je dari Swiss, aku cari airbnb area Heathrow sebab sampai dah malam and dah barai, so tak nak travel jauh2x. Balik rumah makan n tido. The next day, terus pegi check in hotel. Kalini aku cari area Paddington. Why? sebab location Station dia ada train direct pegi Heathrow, naik Elizabeth Line.

Paddington area ni dengan Bayswater tu dekat je, Malaysians food banyak. Malam last tu, masuk jugak restoran malaysia, Tukdin, sebab lapar nasik woihh, kena sup tulang panas panas pedas pedas dalam sejuk2x angin London, padu beb, walaupun rasa nak hadiahkan garam sikit. Hahhahahaha.

Secara overall,pada aku, London ni macam KL versi sejuk. Diorang punya train sistem manterpp teroks, so kalau korang survive KL, London ni lebih kurang je. Orang-orang mostly aku jumpa eloklah, ada yang tolong angkatkan beg segala sebab tengok kitorang macam struggle je.

Bahasa pulak, lagi tak payah risau,secara basic kau kalau fail english pon boleh survive, tapi berkat aku bergelumang dengan video video interview 1D since 2011, so nak paham accentdia tu easy jurrr.

Next sambung Edinburgh tapi tulah takjanji bila. leuls

Jun 24, 2024

MASA

 Salam, so aku nak rant sikit. Sabtu yang lepas baru ni 22 Jun,I had a conversation dengan mak pasal masa,

I basically told her yang aku n capik sibuk sangat, and syafiq punya life schedule is too pack and nak juggle everything at one time,nak ja perasaan orang lagi, ehhh banyak lah. Pastu aku cakap, aku sedih sebab banyak kena tolak seth punya request sebab memang sibuk betul2x punya, so mak bukak cerita pasal ayah,

" Ayah dulu, ada 1 phase yang dia burned out, ada 5 benda yang dia kene hadap which AYAH, GURU BESAR, s/u MGB Melaka, Ketua Panitia Matematik Melaka, Pengerusi MGB Jasin." Tak silap aku lah lah ni yang dia hempok sekali harong, tanggung jawab besar. So dia balik, memang drain lah kepala. and penat.

so mak pesan kat ayah, kena pilih 3/5 dari semua tu, xkan nak stop jadi bapak n GB, so jawatan lain lah kene lepas slow2x bagi kat orang. so mak nasihat aku pon about the same thing je lah. tapi ada 1 ayat mak yang aku macam makan dalam sikit, mak cakap camni kat ayah, masa tu aku rasa abang aku baru 5-6 tahun besar2x dak seth

" Bang, haritu syukri cakap, ayah ni asyik keje je, kita dah lama tak pegi KFC, acu nak main permainan..." kat KFC JJ lama dulu kan adeplayground,kitorg adik beradik memang selalunya ke situ lah. Lepastu ayat next mak,

"Kah, anak-anak ni dengan kita kejap je. Dia ingat tau bila mak ayah dah kurang spent masa dengan dia. Macam abang kau, dia duduk dengan mak 15 tahun, lepastu dia masuk teknik, habis teknik, dia dok perlis 5 tahun, lepastu terus ke sarawak 2 tahun, lepastu Allah ambik balik."

Masa tu aku cam sentap weh, betul lah kejap je anak-anak ni dengan kita. Sibuk macam mana pon, kena gak cari masa untuk spent. Aku ni sejak2x ada anak ni, hati selembut bayu, senipis tisu, cepat nau lah terasa kalau bab anak ni. Dah lah, tu je lah, malas tulis panjang-panjang,nanti nangis. pfft



Amacam,power tak aku update blog ontime ni hehhehehhee

Sep 21, 2023

CLUB MED , CHERATING

 Salam berhabuk satu malaysia,

Hekhekhek, Long story short, aku dah bersalin anak no 2 on March haritu,so status sekarang adalah Mak anak dua. Since aku keje sendiri, cuti 98hari goverment bagi untuk bersalin tu tak terpakai untuk diri sendiri sebab maunya melingkup bisnes kalau gitu. Hari ke 44 aku dah masuk ofis sambil usung anak kecik sebab aku ada trust issue dengan taska-taska sekarang. Anak sulung masuk taska umur 2 tahun, so aku xde pengalaman hantar baby pi taska.

Anyway, lepas aku 60++ hari pantang, aku sambung pantang day aku kat Club Med,Cherating. Fuhh yang ni aku cakap kau, pegilah kalau ada masa. Ni takes aku on this mini short escape. Club Med ni dah ada since 70s kot, tapi baru few years back je dia bukak pada public. Before ni dia private resort untuk orang yang ada-ada je.

Aku spend dalam 3.6k untuk 4 orang, 3hari 2 Malam, plus upgrade bilik jadi sea view. Kat sini dia bayar ikut kepala sebab everything pon dah included so, kau tak boleh sneak masuk macam hotel-hotel lain. Kenapa aku cakap kau x boleh sneak into this area, kat guard bawah je dia dah check nama untuk check in n berapa pax, meaning,kena turun tingkap kereta untuk dia count. Cara check in pon bukan tipikal hotel,kena bawak IC kat kaunter yada yada.Kau duduk kat sofa lobi,diorang datang brief kat kau. Kids umur 4 tahun ke atas dah kena bayar. So untuk 3.6k ni apa je dah termasuk? Jawapan dia everything. Dari makan minum permainan bilik and everything.

Day 1 aku sampai dalam pukul 6, pusing-pusing resort,then makan. Terkejut wehh, dia hidang steak free flow. Kau makan lah sampai muak. Bukan tu je,adelah high end food yang lain. Dia buat buffet style, dari makanan melayu,cina, india, omputih, jepun semua lah. Untuk makanan kat sini, dia 3 restaurant, each ni bukak lain-lain time, so kalau restaurant A dah tutup, kau pegi lah makan kat yang B, and seterusnya. Kiranya makan kat situ non stop, dari 630 pagi -11 malam.

Day 2, pagi tu aku sign up Seth kat mini club diorang, mini club ni macam daycare lah, kau drop anak kau, pastu kau gi lah buat aktiviti lain. Lepas drop seth dapat lah aku tido tepi pantai, mandi swimming pool,makan rilek2x, pendek kata macam dating lah berdua laki bini. Tapi kitorang xdelah cuba banyak pon aktiviti sebab ade sibudak kecik ni. so kitorang at ease je lah

Dak seth punya aktiviti full, dari buat cookies, swimming, trapeez sampailah main bingo semua diorang punya OC yang handle, aku pukul 4, gi pickup je dia. Malam dinner by the pool sambil tengok persembahan acrobatic/ sarkas camtu.

Day 3, pon aku drop seth kat mini club, checkout time pukul 11, tapi bagi aku yang ni best, kau kena checkout dari bilik pukul 11, pastu luggage pa semua tinggalkan je dalam bilik, tapi kau still boleh berlegar dalam compound tu sampai pukul 3. So kau still boleh lunch dulu sebelum gerak balik rumah.

Setiap malam dia ada show untuk kita, kira bagi aku kalau kau memang nak healing, better pegi sini, tak serabut nak keluar cari makan lah yada yada. Aktiviti dari sailing, kayak, archery,rock climbing apa semua free je. Dia ada gak area yg kids takboleh masuk. So memang aman damai.

Bagi aku, dari bayar 1k per night for 2 person kat Lexis Hibiscus, PD, dapat free breakfast je. Baiklah pegi sini bayar 1k per night for 2 person, all included. Periodt.

Cuma 1 je masalah, bilik dia ni xde lah wow nau, ashe ashe je. Kena ingat, kalau amik bilik deluxe biasa, toilet dia takde bidet, jenis guna tisu. Toilet kering, so better upgrade sea view, aman damai sikit dapat bidet.Toilet n bilik mandi dia asing tempat tau.

Club med ni sebenarnya wujud dah lama cuma dulu tempat ni khas utk golongan kayangan je, macam raja-raja,elitis semuatu lah.Cuma dalam 10 tahun lepas diorang bukak pada outsider. Bear in mind ehh, tempat ni ada bar. Jujur cakap, aku tunggu Iris besar sikit, aku nak repeat. Rugi pergi anak kecik - kecik nau ni, x boleh buat aktiviti unless ada orang nak tolong jaga.

Aku nak tepek gambar, tapi malas transfer dari fon.acane eh. HAHAHHAHAHHAAA

Apr 15, 2021

ZOO MELAKA

 Assalamualaikum

Tahun 2021 aku berazam sama jugak macam tahun sebelum sebelum ni, nak bagi perhatian lebih dekat  blog ni, sesaja nak buat kenangan.

So last weekend, ,aku decide nak pegi zoo melaka atas sebab utama sebenarnya nak bagi dak seth tengok binatang in real life, asyik manjang tengok dalam buku, sampai bila nak pandai. Hahahhahahhaa

3 Perenggan atas ni aku stop tulis and lepas sebulan baru aku sambung. Kah kah kah. Anywayyyyyyyyyyyyyy, few things yang korang perlu tau pasal zoo melaka adalah, dia wayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy better than zoo negara. Ok now harga tiket. ni aku amik directly from zoo melaka punya website,boleh pegi usha.Tapi aku bagitau awal-awal, website dia buruk.

BTW ,aku ada masalah pasal gambar ni, sebab dia x centre. so aku geram dengan designer website dia yang bongok tak reti double check keje bagi helok ke,budak intern ke ape yang buat natang ni. 

Untuk anak melaka, means untuk IC 04. dapat 10% off kalau beli kat kaunter. tapi kalau beli online akan dapat 30% off. Tak kira lah IC tengah kau apa. And tiket tram ada gak,kau kena beli kat kaunter, aku xnak naik tram sebab nak suruh anak aku berlari dalam tu.

Zoo Melaka got new attraction centre, Dinosaur Land or whatever the name. Masuk masuk je before kau penat jalan,kau dah jumpa dah tempat ni. Aku tak sure whether dia akan ada extra tiket masuk in the future or not tp setakat haritu aku pegi takde extra charge. Korang tau macam kes panda dekat zoo negara tu kalau kau nak tengok 2 ekor makhluk tu kau kena bayar extra. Its nice , besar, tp dino dia mungkin life size bukan kecik kecik dia buat. Dia ada bridge untuk jalan, long story short, dia besar and puas gak nak hambat anak aku.



Most of the pitstop haiwan memang ada sediakan makanan for free utk bagi dekat haiwan haiwan. So boleh je bagi tapi ada certain haiwan yang kau kena beli. Macam gajah, rabbit, dekat kuda ni kalau nak naik dia kena bayar gak. RM 10 dewasa,RM5 budak untuk satu round xsilap. Bagi aku macam tak worth it tapi sebab nak bagi experience je dekat dak seth sooooooooooooooooooooooooo bayar je lah.





Masa aku pegi, rumah reptiles tutup so aku frust sebab well tu part paling best kalau pegi any zoo/safari. So anyway, basically, secara overall zoo melaka is in perfect size if u have kids around 2 years old untuk biar diorang get around,lari-lari. But make sure bawak babysitter yang fit untuk kejar, macam aku, aku angkut dak jihah, dia ni kena tinggal laki dia gi keje,bawak pi zoo, hambat dak seth.

Seth pegi ni dia cranky sikit malas berjalan, dia buat lembik badan dia tak nak jalan mintak kena dukung. Puas gak lah nak dukung dia,  berat dia dah lebih seguni beras kau rasa cemana. At least aku ada extra set of hand utk tolong angkat dia. Lewls. 

Ohhhohhh, and make sureeeeeeeeeeee, bawak airrrrrrrr!!!!!!!! and and  if korang tengah planning your vacation, this whole zoo tour with 1 kid could takes up to 2-3 hours max. 

So thats it. Tamat 1 entry.
Semoga pikah itiqamah tulis blog atleast once a month. AT leasttttttttttttttttttttttttttt!!!!! kbai


Sep 25, 2020

TYAX DEODORANT: BFF KETYAX ANDA!!

 Assalamualaikum

Jujur aku kata aku bukan lah jenis manusia yang ada masalah bau badan,berpeluh pon kurang, so aku x amik port pasal deodorant. Bagi aku deodorant ni macam buat syarat je, just in case on that day, tetiba badan kau decides untuk merembeskan peluh yang banyak, tapi most of the time dia just one of the thing yg kau kena pakai walaupun xde function.

Aku personally prefer stick deodorant sebab dia cepat kering compared tu roll on, while yg dalam tin tu pulak tak best sebab takut salah aim. Yang paling penting, bau mesti wangi. Hahahaha, biasanya tempoh wangi tu tahan kat badan aku ni dalam 1/2 hari je,.4 hours top. Lepastu bau wangi xde. Tapi macam aku cakap tadi, no hal. Bukan isu.

Baru-baru ni aku try pakai TYAX Deodorant. Makaihhhhhhh wangi dia tahan betul sampai malam. Kalau pakai pukul 8pagi nak gi keja tu, balik petang kau sedut arah ketiak tu,masih lagi bau popcorn. Padu beb. Hahahhahahhahahha 

TYAX ada 2 scents, Vanilla and Berry. Personal favourite aku is vanilla. Bau diaa fuhhh. Kalau laki aku, dia jenis kuat berpeluh, so kalau dia pakai, dah petang 2x tu kekadang aku kene buat test bau nak uji level tahan deodorant ni padu tak, alhamdulillah, setakat harini, tidak menghampakan. PS,aku bukan bini yg suka bau ketiak lelaki okayyyyyy!!!

Kebaikan paling nyata pasal deodorant ni adalah,aku boleh kongsi dengan laki aku, so bila travel, kitorang just bawak satu je. senang dan jimat space, 

Team TYAX masa RnD produk ni,diorang kumpulkan rider rider food delivery, freelance photographer and suri rumah untuk jadi kajian awal. Orang-orang yang buat banyak keje and dok bawah terik. Feedback dari diorang sangat memberansangkan. Boleh tengok kat SINI untuk review diorang. 

Yang kat bawah  ni basically apa yang korang perlu tau lah kalau nak beli TYAX. Kebaikan dan kelebihan dia. Ada banyak lagi sebenarnya. Main ingredient untuk TYAX adalah Natural Mineral Salt ( TAWAS) yang terbukti berkesan untuk kurangkan bau badan.




Anyway, korang boleh beli TYAX kat SHOPEE diorang untuk lebih mudah. Baca lah review kat shopee kalau kau rasa ya tak yeee je apa yang aku tulis ni. Andonce dah beli tu, jangan lupa join contest untuk menang lucky draw. Amik gambar lawa-lawa,tag kat IG diorang, and submit entry!!


Adios